Tuesday 27 March 2012

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN
Tarikh                   :
Masa                    :        60 minit
Tema                    :        Geografi Fizikal
Topik                    :        Bentuk Muka Bumi
Subtopik               :        Kepentingan Bentuk Muka Bumi
Tahun/Tingkatan     :        5

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.       Menyenaraikan bentuk muka bumi Malaysia
2.       Menerangkan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia
3.       Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada ekonomi Malaysia
Isi pelajaran:
Mengenal Negara Kita
3.2 Geografi Fizikal
a. Bentuk muka bumi
            i.   Pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia
            ii.  Kepentingan bentuk muka bumi
Pengetahuan Sedia Ada:
1.       Murid berpengalaman melawat tempat pelancongan seperti Port Dikson, Cameron Highland, Pulau Langkawi dan sebagainya.
2.       Murid mengetahui tempat tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan kepulauan.

Penerapan Nilai Murni:
Kesyukuran, kerjasama, hormat-menghormati, berani, yakin, berbangga, menghargai

Unsur-unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia.
Menyedari kepentingan bentuk muka bumi terhadap ekonomi negara

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
Bil
SUMBER
KUANTITI
1.
Silang kata
18 helai
2.
Laptop dan LCD
sebuah
3.
Lembaran kerja
18 helai

Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik
Catatat (Penerapan Nilai Murni / Nilai Alam Sekitar/ Unsur Patriotisme/ Sumber Pengajaran Pembelajaran.
Set Induksi / Masa 5 minit

1.       Murid diminta melihat tayangan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia
2.       Murid diminta menyenaraikan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia dan kepentingannya.
3.       Jawapan murid dikaitan dengan tajuk hari ini.

TKP: Linguistik, naturalis


KBKK: kaedah konstruktivisme, menghubungkait
Bersyukur
Langkah 1 / Masa 15 minit




Langkah 2/Masa 15 minit
1.       Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2.       Guru menugaskan tiap-tiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulannya mengenai kepentingan bentuk muka bumi.
3.       Tiap-tiap kumpulan dibahagikan kepada tajuk yang berlainan, iaitu:
Kumpulan 1: Menamakan kawasan tanah tinggi dan kepentingannya kepada ekonomi negara.
Kumpulan 2: Menamakan kawasan tanah pamah dan kepentingannya kepada ekonomi negara.
Kumpulan 3: Menamakan kawasan saliran dan kepentingannya kepada ekonomi negara.
Kumpulan 4: Menamakan kawasan pinggir laut dan pulau dan kepentingannya kepada ekonomi negara.
4.        Guru meminta kumpulan tersebut mencatat maklumat dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru seperti dibawah:
Bil
Bentuk Muka Bumi
Kepentingan
Contoh Kawasan
1.
Tanah Tinggi


2.
Tanah Pamah


3.
Sungai


4.
Pinggir Laut dan Pulau




5.        Guru memberi masa perbincangan dalam kumpulan selama 10 minit.
6.       Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
7.       Guru memantau hasil pembentangan murid dan memberikan penerangan lanjut tentang hasil bentuk muka bumi Malaysia.
8.       Guru merumuskan topik pelajaran dengan mengimbas kembali kepentingan bentuk muka bumi Malaysia.

Pembelajaran Koperatif
Strategi: Perbincangan

TKP – Interpersonal, Intrapersonal,
Verbal - linguistik
Bekerjasama, hormat- menghormati.
Langkah 3/ Masa 15 minit



Penutup/ Masa 5 minit
1.       Guru memberi lembaran kerja yang mempunyai teka silang kata kepada semua murid.
2.       Murid diminta melengkapkan silang kata ini dalam masa 5 minit.
3.       Murid-murid boleh berbincang dengan kawan menyelesaikan kerja ini.
4.       Selepas 5 minit, guru akan memberhentikan aktiviti pemainan ini.
5.       Murid-murid dikehendaki menyerahkan kertas silang kata ini kepada guru.
6.       Guru akan mengumumkan keputusan pertandingan.
7.       Guru akan membincangkan jawapan yang betul dengan murid-murid bagi silang kata ini.
8.       Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.

KBKK: Kemahiran merumus
Strategi: Permainan

TPK: Linguistik, Interpersonal
Yakin, berani, berbangga, bersyukur dan menghargai



Catatan / Refleksi:
Contoh lembaran kerja: kepentingan bentuk muka bumi.
Bil
Bentuk Muka Bumi
Kepentingan
Contoh Kawasan
1.
Tanah Tinggi
1. Menjana kuasa hidroelektrik
2. Pelancongan
3. Pertanian
1. Empangan Batang Ali di Sarawak.
2. Tanah Tinggi Genting di Pahang.
3. Penanaman sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron di Pahang.
2.
Tanah Pamah
1. Perindustrian
2. Pertanian
3. Jaringan Pengangkutan
1. Pasir Gudang, Shah Alam.
2. Penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.
3. Lebuh Raya Utara-Selatan.
3.
Sungai
1. Perikanan
2. Jalan perhubungan
3. Sumber pengairan
1. Penternakan ikan di sungai Pahang.
2. Sungai Rajang di Sarawak.
3. Sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi tanaman padi.
4.
Pinggir Laut dan Pulau
1. Perikanan
2. Pelancongan
3. Pelabuhan
1. Selat Melaka, Laut China Selatan.
2. Pulau Sipadan di Sabah.
3. Pelabuhan Klang di Selangor.


Contoh-contoh teka silang kata:
Melengkap silang kata ini dengan merujuk maklumat yang diberikan di bawah.





1   


2   










3   









4   














5   









6   





















7   































8   





























































9   





































































Menegak:
1. Aliran air semula jadi.
2. Barisan gunung yang memanjang.
4. Kegiatan _______merupakan sumber pendapatan kepada nelayan.
6. Stesen jana kuasa _______ dibina di kawasan tanah tinggi.
8. Tanah yang rata ialah tanah _______.

Mendatar:
3. Titik tertinggi pada sesebuah bukit atau gunung.
5. Kawasan tanah tinggi yang lebih daripada 300 meter tingginya.
7. Kawasan tanah tinggi yang rendah daripada 300 meter tingginya.
8. Kegiatan ekonomi yang mengutamakan keindahan alam semula jadi.
9. Kawasan perairan yang dikelilingi oleh daratan.

Jawapan:
1. Sungai
2. Banjaran
3. Puncak
4. Perikanan
5. Gunung
6. Hidroelektrik
7. Bukit
8. Pamah (menegak), pelancongan (mendatar)
9. Tasik